10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

2

January 20, 2013 by Afifi AbdulRahman

muslim-brotherhood-hassan-al-banna 
  1. قم الى صلاة متى سمعت النداء مهما تكون الظروف

Jika terdengar azan, maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.

2. اتل القراءن أو طالع أواستمع أو اذكراللّه ولا تصرف جزء من وقتك في غير فائدة

Perbanyakkan bacaan al-Quran, selalu membuka kitab-kitab untuk menambah ilmu, pergi ke majlis-majlis Ilmu, perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.

3. اجتهد أن تتكلم العربية الفصحى فإن ذلك من شعار الإسلام

Berusaha untuk bertutur dalam bahasa arab yang fushah kerana itu adalah adalah lambang (syiar) Islam.

4. لا تكثر الجدل في شأن من الشئون فإن المراء لايأتي بخير

Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak akan mendatangkan apa-apa faedah.

5. لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول باللّه ساكن وقور

Janganlah terlalu banyak banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.

6. لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لاتعرف إلا الجد

Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang Islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. لا تعرف صوتك أكثر مما يحتاج اليه السامع فأنه روعونه وأيذاء

Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dihendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. تجنب غيبة الأشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم إلا بخير

Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

9. تعرف الى من تلقاة من اخوانك وإن لم يطلب اليك ذلك فإن أساس دعوتنا الحب والتعارف

Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. الواجبات اكثر من الأوقات فعاون غير على الانتفاع بوقته وان كان لك مهمة فأوجز في قضئها

Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

About these ads

2 thoughts on “10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

  1. ahmad solihin says:

    assalamualaikum, perkongsian yang bagus. minta izin copy utk kegunaan adik2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Meja Penulis

Hamba Allah yang masih banyak kekurangan. Segala input dan ilmu yang dikongsikan adalah sebagai peringatan kepada diri yang menulis dan anda yang membaca. Sebarang komentar mahupun kritikan membina amat dialu-alukan. -Mursyidul Muslimeen

Coretan Bulanan

January 2013
M T W T F S S
    Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Tinta

Trend

Takwim Islam


Ruang Mimpi

..::Aku Bermimpi Maka Aku Ada::..

PETUNJUK SEPANJANG JALAN

Menyuluh Dakwah Menyubur Tarbiyyah Menyantun Ukhuwwah Memimpin Harakah Membangun Nahdhah

Luqman Afifi

SUARA PEMUDA ISLAM

Agama adalah Kejujuran

Berusahalah untuk menjadi orang yang bermanfaat

shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

Muhammad Hanif

PAS UNTUK SEMUA

Nu'man

Risalah Untuk Ummah

inijalanku.wordpress.com

Baik Kawan Menunjuk Jalan

Ustaz Fathul Bari Mat Jahya

Meniti Jalan Nabi dan Para Sahabat

Laman Nurani

Hidup ini perlukan pedoman...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: